Rencana

DAP – Dari “Perjuangkan” Tanah Rizab Melayu Kepada Pejuang Tegar Bahasa Cina

Tulisan Jawi pun depa tolak dan bantah, sekarang ingin jadi pejuang bahasa Cina pula?

Biar siapapun yang mulakan angkara – DAP, MCA, Gerakan atau pertubuhan Dong Jiau Zong, yang jelas adalah persamaan agenda dan “roh” perjuangan mereka.

Dari bendera Malaysia yang dipasang terbalik hingga ke tulisan Jawi, sukar untuk menolak bahawa semua perbuatan itu adalah satu provokasi yang disengajakan.

Mereka tahu di mana titik sensitiviti dan kelemahan umat Islam dan bangsa Melayu dan di situlah mereka akan cuba mainkan sentimen dan membakar semangat. Mereka juga sangat maklum bahawa daya kesabaran (dan juga memberi pemaafan) di kalangan orang-orang Melayu adalah tinggi serta tidak cepat melatah dan masih memiliki kewarasan untuk tidak melanggar undang-undang.

Tapi bagaimana pula dengan gerombolan pelampau-pelampau di atas?

Melakukan dan terus melakukan aksi-aksi ekstrim ini di saat negara bakal menyambut Hari Kemerdekaannya boleh dianggap satu percubaan untuk menguji kesabaran rakyat dan orang ramai serta mempersendakan kedaulatan negara.

Di negeri Pahang, mereka cuba memperlekehkan kewibawaan Sultan dan kerajaan negeri dengan memfailkan kes ke Mahkamah Tinggi Kuantan untuk mencabar keputusan kerajaan negeri yang mewajibkan tulisan Jawi di papan tanda dan iklan di premis-premis perniagaan.

Di Sarawak pula, mereka cuba mempermainkan kuasa Majlis Bandaraya Kuching Utara DBKU)dengan menyalahkan DBKU kerana kononnya majlis bandaraya itu “terlupa” untuk memasang tulisan Cina di satu dua jalanraya Kuching.

Demikian juga yang pernah berlaku di Seputeh, kawasan yang diwakili oleh Teresa Kok, wakil rakyat dari DAP.

Kita tertanya-tanya sama ada mencabar undang-undang dan otoriti pihak berkuasa adalah satu sifat semulajadi bagi parti rasis cauvinis tersebut.

Kumpulan seperti ini adalah spesis yang tidak bertamadun, biadab dan tidak layak digelar sebagai warganegara yang patriotik.

Parti rasis cauvinis DAP ini adalah “kepala”nya.

Dalam isu serbuan ke atas pusat-pusat judi haram, maksiat dan jenayah, pernahkah kita membaca atau menonton sebarang kenyataan dari spesis-spesis makhluk perosak ini yang memuji dan menggalakkan lagi pihak penguasa menjalankan tugas mereka?

Kenapa mereka berdiam diri?

Dan kenapa pihak-pihak pejuang sistem pendidikan vernakular di kalangan mereka, pejuang-pejuang hak asasi, NGO-NGO mereka dan ahli Parlimen, wakil rakyat dan persatuan-persatuan kebudayaan mereka tidak membantah atau menyergah aksi-aksi yang boleh menyulut persengketaan kaum dan perpecahan di kalangan rakyat?

Sebaliknya, perhatikan reaksi segera mereka ketika mana-mana pemimpin politik atau masyarakat mereka dihadapkan ke mahkamah atas apa sahaja tuduhan. Mereka akan segera mengerahkan semua bala tentera maya, organisasi, media, tokoh-tokoh dan penyokong-penyokong mereka supaya “membersihkan” nama dan “mengisytiharkan” bahawa pemimpin mereka yang tertuduh itu adalah “maksum”, tidak bersalah dan menjadi mangsa kepada segala bentuk “konspirasi jahat” – SEBELUM mahkamah bersidang lagi!

Jangan kita terkeliru atau tersalah anggap bahawa DAP adalah satu-satunya “mal’un” yang tersohor dalam isu ini. Parti rasis cauvinis itu hanyalah satu alat dan pengantara kepada agenda perjuangan Cina pelampau yang lebih besar. Parti ini lebih berani dan lebih terkehadapan saja. Parti-parti lain seperti MCA dan Gerakan lebih kurang sama sahaja. Di belakang mereka juga terdapat pertubuhan-pertubuhan pendidikan dan kebudayaan Cina serta barisan syarikat-syarikat perusahaan, perindustrian, kapitalis dan tokoh-tokoh korporat ternama.

Merekalah pihak yang akan mengaut keuntungan paling besar dan mahal di saat bangsa Melayu dan umat Islam bercakaran sesama sendiri dan justeru hilang unsur kekuatan terbesar iaitu Kesatuan. Kita hanya asyik memenatkan diri sendiri dengan perebutan jawatan, harta, pangkat, kedudukan dan kepimpinan politik (yang sudahpun berpecah dan tidak sehaluan) sehingga pihak mereka dengan hilai ketawa sinis mereka sedang menggenggam dan mempertontonkan apa yang sudah terlepas dari tangan kita!

Bukankah ini satu keadaan yang sangat aib dan memalukan bangsa dan umat kita?

Bolehkah kita mengharapkan kepada ahli-ahli politik Melayu Muslim untuk memperbetulkan keadaan dan kembali menjadi wakil yang beramanah dan bertanggungjawab bagi pihak kita?

Pernahkan mereka memperlihatkan ketegasan dan iradah siyasah (political will) untuk membuktikan bahawa kita tidak salah memilih mereka untuk menjadi wakil kita di Parlimen?

Atau apakah kita perlu menunggu bangkitnya lebih ramai lagi Asri Janggut untuk mengejutkan mereka dari zon selesa yang sudah lama dinikmati dan mensejahterakan hidup mereka?

Adakah kita masih ingat “kata-kata amaran” daripada mantan Timbalan Presiden Ikram (sekarang Naib Presiden Parti Amanah Negara – PAN – yang kini menjadi ahli Parlimen Hulu Langat) pada 9 Januari 2016 yang antara lain “berikrar” untuk menyekolahkan DAP sekiranya parti rasis itu cuba untuk celupar terhadap Islam, dengan syarat perlu dapat izin daripada Anthony Loke terlebih dahulu?

Adakah kita masih ingat pengakuan ahli Parlimen Simpang Renggam, yang merupakan mantan ahli Syura Ikram dan juga mantan Menteri Pendidikan di zaman pemerintahan kerajan Pakatan Harapan (PH) bahawa beliau adalah “wakil Ikram bagi DAP” di dalam satu forum maya perbincangan dalaman pimpinan NGO tersebut?

Keberkatan apakah yang mereka cari dari parti rasis cauvinis itu?

Di saat bangsa dan umat berharap kepada munculnya wira dan pahlawan yang berani, tegas dan berpegang kepada prinsip untuk menghadapi keserakahan dan kerakusan gerombolan pelampau ini dan menyekat kemaraan bersalut hawanafsu ini, kita amat sedih dan hairan dengan wujudnya jiwa-jiwa yang kalah, sikap mengabaikan kekuatan diri sendiri dan pilihan untuk “menyerah” kepada kehendak musuh.

Demikian juga yang berlaku pada segelintir tokoh pimpinan bangsa dan umat (baik para ulamak dan pendakwah, ahli-ahli akademik dan pimpinan mahasiswa), yang enggan ntuk bersuara dan menyanggah agenda musuh dengan lantang, berani dan penuh bermaruah. Sedangkan mereka boleh menggerakkan massa dari menara gading hinggalah ke kampung dan masjid demi mempertahankan kewibawaan bangsa dan umat yang sedang dirobek-robek dan kehormatan yang dipijak-pijak.

Barangkali ini adalah satu lagi bentuk “musibah” dan “bala” (selain dari Covid-19) yang Allah turunkan untuk memberi pengajaran kepada kita semua!

Lebih menghairankan, kita seolah-olah tidak sedar malah sedang menadah tangan supaya diturunkan lebih banyak lagi musibah ke atas diri kita, masyarakat kita dan masa depan generasi pewaris kita.

Sepertimana pihak Zion*s terlaknat merancang selama lebih 50 tahun untuk mengujudkan negara Isr*el, jangan terkejut sekiranya puak rasis cauvinis juga merancang untuk memastikan survival mereka dan menguatkan cengkaman mereka untuk tempoh 100 tahun lagi.

Sebaliknya, kita pula sedang merancang untuk mempercepatkan lagi tarikh kematian diri sendiri!

MOHD LUTTFI ABD KHALID
Pengerusi Ikatan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (iPeguam)

https://www.facebook.com/mohd.luttfi