Lestarikan Kesejahteraan Dengan Cegah Denggi
PUTRAJAYA – Penduduk di Presint 9, Fasa 2 di sini, ‘menggempur’ kawasan pembiakan nyamuk aedes menerusi Program Gotong-Royong Mega Cegah Denggi di kawasan perumahan itu, hari ini.
Inisiatif program gotong-royong membersihkan kawasan perumahan itu dibuat berikutan rasa bimbang dan sebagai langkah bagi mencegah penularan wabak denggi di kawasan perumahan terbabit.
Program yang dianjurkan MPP Sub Zone 2 ini mendapat sokongan dari penduduk setempat yang pastinya mahukan kawasan perumahan mereka selamat dan sejahtera.
Lebih bermakna apabila pemimpin tempatan yang lebih mesra dengan panggilan ‘Ketua Kampung iaitu Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bersama-sama dalam program tersebut dan menzahirkan sokongan agar kesihatan rakyat menjadi keutamaan.
Sebelum acara gotong-royong dimulakan, para ppenduduk setempat terlebih dahulu melakukan aktiviti beraerobik bersama-sama. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.