Aktiviti & Komuniti

Pastikan Keselesaan, Hulur Bantuan Demi Kesejahteraan

PUTRAJAYA – Pemimpin berjiwa rakyat akan sentiasa berusaha bagi memastikan kesejahteraan serta keselesaan para penduduk khususnya mereka yang ditimpa musibah, keuzuran dan kesusahan.

Dalam hal ini, Ahli Parlimen Putrajaya merangkap Ketua UMNO Bahagian tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah meluangkan masa untuk menziarahi pesakit yang menghidap keuzuran di bahagian kaki di P9 Fasa 2.

Beliau yang menzahirkan sokongan telah memberikan kerusi roda bagi memudahkan pergerakannya dalam melakukan aktiviti harian.

Datuk Seri Tengku Adnan juga berkesempatan menziarah seorang lagi anak penduduk di sini yang telah ditimpa kemalangan jalan raya sewaktu bekerja sebagai penunggang GrabFood baru-baru ini.

Turut bersama ialah Badan Amal Kasih Ibu Wilayah Persekutuan yang telah memberi sumbangan kewangan kepada mereka. – UMNOPutrajaya