Aktiviti & KomunitiBerita

Salam Kemerdekaan, Syukuri Kesejahteraan 63 Tahun

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen tempatan merangkap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengajak warga Malaysia untuk sama-sama menghargai nikmat kemerdekaan yang telah dikecapi sejak 63 tahun yang lalu.

Katanya, rakyat Malaysia perlu mempunyai rasa cinta terhadap negara dan melahirkan kesyukuran atas kesejahteraan serta keamanan yang telah dirasai selama ini.

“Kemerdekaan ini sangat besar ertinya maka kita perlu menghayati bagaimana perjuangan kemerdekaan yang telah dipelopori oleh UMNO dan kemudiannya menghargai apa yang kita rasainya sehinggakan kita boleh hidup dalam keadaan aman dan damai sebagaimana sekarang ini,” katanya.

Beliau juga berharap agar setiap lapisan generasi akan terus mempertahankan kedaulatan dan kesejahteraan negara demi kelestarian masa hadapan.

“Ini negara kita, sayangi tanah air kita dan selamat menyambut hari kebangsaan ke-63,” katanya lagi. – UMNOPutrajaya