Aktiviti & Komuniti

PRU-15: Fokus Culaan Pengundi Untuk Info Tepat

PUTRAJAYA – UMNO Bahagian Putrajaya sudah bersiap siaga untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang dijangka akan diadakan dalam masa terdekat ekoran keadaan politik semasa.

Sehubungan itu, satu mesyuarat telah diadakan yang pengerusikan oleh Pengarah Pilihan Raya UMNO Putrajaya merangkap Ketua Wanita bahagian terbabit, Puan Husna Abdul Rahaman di Ibu Pejabat UMNO Bahagian Putrajaya, malam ini.

Dalam mesyuarat tersebut, beliau menegaskan sekali lagi gesaan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor agar UMNO Putrajaya menumpukan fokus kepada culaan pengundi.

Katanya, anggota parti khususnya jentera perlu cula pengundi dan menyantuni mereka dengan betul kerana maklum bahawa angka dan info yang tepat amat penting.

“Tolong dekati pengundi khusunya golongan muda agar kita tahu serta faham apa minat atau kecenderungan mereka. Kita jangan sombong sebaliknya mesti sentiasa ikut resmi padi yang masih berisi tapi tetap tunduk.

“Kita perlu buat yang terbaik, menyelami permasalahan serta keperluan mereka agar mereka rasa dekat, rasa disayangi dan kemudian mereka akan menghargai BN/UMNO.

“Kita BN janji dikota … kita BN dari rakyat, untuk rakyat,  kerana rakyat … dan Putrajaya ini tetap setia bersama KuNan yang amat memahami warga Putrajaya,” katanya lagi.

Beliau turut meminta kerjasama dan gerak kerja sentiasa dimantapkan dari semasa ke semasa sehinggalah tibanya tarikh tepat PRU-15. – UMNOPutrajaya