Banyak Pembohongan Dalam Jawapan Dia Ni…

Banyak pembohongan dalam jawapan dia ni.

Tun M tolak dakwaan dia tubuh parti Pejuwang untuk angkat anak dia jadi Perdana Menteri.

Semasa dia menjawab dia petik nama Allahyarham ayahanda saya sebagai contoh.

Untuk makluman Tun M, saya tak masuk politik, tak masuk parti politik dan tak aktif dalam politik sebelum ayahanda saya meninggal dunia.

Hanya selepas ayahanda saya pergi, saya diminta oleh parti UMNO untuk bertanding dalam PRK untuk menggantikan ayahanda.

Langsung tak sama dengan keadaan Tun M dengan anak dia.

Minta Tun M jangan fitnah Allahyarham ayahanda saya lagi hanya kerana nak pertahankan nepostime kamu.

Tun M juga memberi jawapan bahawa semasa dia jadi perdana Menteri, dia tak bagi anak dia masuk parti, anak dia tak terlibat dalam politik dan juga tak benarkan anak dia meniaga dalam Malaysia.

Ini juga satu pembohongan amat jelas.

Semasa Tun M jadi PM, anak dia sudah jadi ketua pemuda UMNO bahagian Merbok, timbalan bendahari Pemuda pusat dan bendahari UMNO Kedah:
http://lib.perdana.org.my/…/New…/2001-2005/2003/00085578.pdf

Ketiga-tiga anak dia juga banyak meniaga dalam Malaysia semasa dia jadi PM dan memiliki hampir satu dozen syarikat tersenarai awam di Bursa Malaysia..

Anataranya syarikat Konsortium Perkapalan, Artwright, Dataprep, Diperdana Corp, Pelikan, Reliance, Tongkah Holdings, Pantai Hospitals, Phileo Allied Bank, Phileo Land, Opcom Berhad dan lain-lain.

Syarikat milik Petronas juga pernah diminta bail-out anak dia dengan US$220 juta (RM912 juta).
https://www.wsj.com/articles/SB893957144672200500

Belum masuk lagi pemilikan anak-anak dia dalam syarikat-syarikat swasta belum tersenarai seperti kumpulan Kencana.

Anak dia juga pernah meminta dan diberi kawasan pembalakan 1,000 hektar semasa Tun M jadi PM:
https://www.malaysiakini.com/news/489721

Memilik hampir satu dozen syarikat tersenarai di Bursa Malaysia pun tidak dianggap sebagai meniaga dalam Malaysia? – UMNO ONLINE

Najib Razak

%d bloggers like this: