Bubur Asyura Tradisi Putrajaya
PUTRAJAYA – Tradisi mengacau bubur asyura sempena bulan Muharram sememangnya sudah menjadi kelaziman bagi warga Putrajaya.
Lebih bermakna apabila penyediaan bubur asyura yang melibatkan tenaga kerja ramai dilakukan secara bergotong-royong dalam kalangan warga tempatan termasuklah Ahli Parlimen Putrajaya merangkap Ketua UMNO Bahagian terbabit, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bersama isteri Datin Seri Anggraini Sentiyaki.
Antara yang mengadakan program tersebut ialah Surau An-Nur Presint 11 dan Surau Abdul Rahman Auf Presint 11 yang juga memasak bubur lambuk. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.