Terus Patuhi SOP, Putuskan Rantaian COVID-19
PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Putrajaya merangkap Ketua UMNO Bahagian tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menggesa masyarakat setempat untuk terus patuh kepada Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sebagaimana arahan kerajaan bagi memastikan rantaian COVID-19 terputus.
Dalam usaha memastikan pematuhan kepada arahan menggunakan pelitup separuh muka dan penggunaan sanitizer, beliau yang mesra dengan panggilan ‘Ketua Kampung’ bukan hanya sekadar menggesa saranan pematuhan tetapi juga menyediakan ‘kit’ keperluan terbabit untuk orang ramai.
Sebagaimana hari ini, edaran kit tersebut telah dibuat oleh sukarelawan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Putrajaya kepada para Jemaah yang ingin menunaikan solat Jumaat.
Semoga dengan edaran ‘kit’ tersebut dapata membantu kerajaan ke arah pematuhan arahan PKPP. – UMNO Putrajaya
You must be logged in to post a comment.