Rencana

Apa Kaitan NAjib Bukan Pelaku 1MDB Dengan SRC?

Sebelum ini telah didedahkan analisis mengenai dakwaan Datuk Seri Najib Razak penyangak pencuri penyamun perompak wang 1MDB, yang telah diketahui ramai termasuk saman DOJ (Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat) memang berpuluh bilion ringgit wang 1MDB telah diselewengkan.

Kemuncak fitnah terhadap DSN ialah apabila sejumlah USD681 juta dimasukkan ke dalam akaun DSN di Ambank.

Namun dapatan analisis daripada maklumat yang telah disahkan oleh FBI (Biro Siasatan Persekutuan Amerika Syarikat) membuktikan bahawa DSN bukanlah pelakunya (dalam menyelewengkan wang 1MDB itu) dan bukanlah salah seorang dari pelakunya.

Kenapa pelaku ini penting? Pelaku adalah orang yang melakukan sesuatu perbuatan. Pelaku jenayah adalah orang yang melakukan jenayah itu. Seperti perompak penyamun pencuri perasuah dan sebagainya.

Kesalahan jenayah MESTILAH dilakukan oleh pelakunya dan adalah menjadi KESALAHAN TERHADAP PELAKUNYA. Sebarang TINDAKAN UNDANG-UNDANG ADALAH TERHADAP PELAKUNYA jenayahnya, bukan jenayahnya atau mangsa jenayahnya.

Bagi jenayah fitnah misalnya, tindakan undang-undang adalah terhadap pemfitnahnya dan bukan terhadap mangsa yang difitnahnya, dan sama sekali bukan fitnahnya.

Berbalik kepada kes DSN, untuk lebih mudah memahami gambaran sebenar kes (terutamanya bagi yang terhad jangkauan pemikirannya) perlu difahami mengenai hubungkait TIGA SERANGKAI ini.

1. Wang 1MDB yang diselewengkan
2. Wang SRC yang diselewengkan
3. Wang derma Pak Arab.

DSN difitnah merompak wang 1MDB, kita ambil satu contoh khusus yang jelas terbukti ada kaitannya dengan DSN iaitu USD681 atau RM2.6 Bilion (pada kadar tukaran 3.8) yang heboh difitnahkan itu.

Terbukti (rujuk artikel berkenaan) bahawa itu adalah fitnah dan DSN tidak boleh dituduh melakukan jenayah merompak RM2.6B itu kerana DSN bukanlah pelakunya. Tidak ada apa-apa kesalahan memasukkan sejumlah wang walaupun satu sen ke dalam mana-mana akaun orang.

Maka terlepaslah DSN daripada tuduhan mencuri menyamun merompak wang 1MDB (jika penyangak tidak menjadi kesalahan).

Namun fitnah telah pun disebarkan ke seluruh dunia. Malu besarlah pemfitnah berkenaan. Semasa kempen PRU14 Dr Mahathir menghasut rakyat bahawa beliau (mereka) tidak boleh tangkap dan penjarakan DSN kerana mereka tidak ada kuasa. Maka undilah mereka supaya mereka ada kuasa, tetapi setelah menang dan Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri 22 bulan hingga letak jawatan masih tidak tangkap dan penjarakan DSN (sebab tidak ada bukti sebagaimana yang telah dijelaskan).

Oleh yang demikian dengan apa cara dan kaedah sekali pun DSN MESTI DIPENJARAKAN. Kleptokrasi mesti dibuktikan.

Maka DSN dituduh pula dengan 7 tuduhan tersebut yang semuanya telah pun dihukum DSN bersalah, dipenjara 72 tahun dan denda RM210 juta.

Modus Operandi (fitnahnya) sama seperti cubaan menggunakan 1MDB yang gagal iaitu menggunakan wang yang dimasukkan ke dalam akaun DSN, tetapi kali ini menggunakan SRC.

SRC dulu asalnya adalah anak syarikat 1MDB, tetapi ramai yang tidak tahu bahawa kemudiannya SRC telah dikeluarkan dari 1MDB oleh DSN demi menjaga kepentingan kerajaan. Maka SRC bukan lagi sebahagian dari 1MDB.

Dari sini juga kita boleh tahu siapakah dalang, kuncu-kuncu dan komplot konspirasi memfitnah DSN. Mereka termasuklah yang terus berpesta berparti sebaik sahaja keputusan DSN bersalah diumumkan (malah pada hari yang sama dengan cepatnya media melaporkan) dan mengatakan NAJIB TELAH BERSALAH KES 1MDB sedangkan kes SRC tidak ada kena mengena dengan 1MDB.

Niat jahat pengkhianat dan pemfitnah DSN ini pada awal perbicaraan berjaya dipatahkan oleh pasukan peguambela DSN. SEMUA BUKTI DERMA PAK ARAB KEPADA DSN TELAH DIKEMUKAKAN termasuklah

1. Bukti saksi dan pengesahan oleh SPRM
2. Bukti pertemuan dan pengesahan daripada Pak Arab sendiri (sila rujuk artikel analisis berkenaan)
3. Pelakunya sendiri telah mengaku melakukannya (termasuk memasukkan wang ke akaun DSN).
4. Telah pun disahkan oleh bank juga.
5. Malah DSN telah pun disahkan dan dibersihkan oleh Peguam Negara (ketika itu, Tan Sri Apandi).

Adalah jelas bahawa jika diterima bukti ini bermakna DSN tidak boleh disabitkan rasuah, pengubahan wang haram dan salahguna kuasa, kerana dua fakta utama (yang diperlukan untuk mensabitkan DSN) iaitu DSN bukan pelakunya dan RM42 juta itu bukan dibawah kawalan DSN.

Maka dua kekhilafan terbesar hakim ialah

1. HAKIM TELAH MENOLAK (BUANG) TIDAK MAHU MENERIMA BUKTI DERMA PAK ARAB INI walaupun telah dibawa ke hadapan hakim.

2. HAKIM TELAH MENGATAKAN BAHAWA DSN TAHU MENGENAI RM42 JUTA ITU DAN DALAM KAWALAN DSN, sedangkan DSN kata tidak tahu mengenainya.

Fakta ke (2) itu sahaja (hearsay?) sudah memfitnah DSN dan DSN tidak ada cara lain lagi untuk membela dan mempertahankan dirinya melainkan dengan bersumpah dihadapan hakim (dengan mempertaruhkan nyawanya sendiri).

Fokus kekhilafan hakim mahkamah tinggi inilah yang perlu dijelaskan dan dibawa ke mahkamah rayuan (sebagai memorandum rayuan).

Marilah kita bersama berdoa kepada Tuhan melawan fitnah dan pemfitnah dan semoga DSN dilindungi daripada apa-apa akibat yang mereka lakukan.

Oleh: Wan Noor Hayati Wan Alias