Masak Bubur Asyura, Warga Putrajaya Terus Muafakat…
PUTRAJAYA – Program memasak bubur asyura sememangnya menjadi acara tradisi tahunan bagi warga Putrajaya dalam mengirmarahkan bulan Muharam.
Ahli Parlimen Putrajaya merangkap Ketua UMNO Bahaggian tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bersama isteri, Datin Seri Anggraini Sentiyaki turut sama menyertai program berkenaan yang diadakan secara kerjasama dan penuh muafakat.
Program memasak bubur asyura ini telah diadakan di Flat Putra Harmoni dan di Surau Malinjau P11 dengan kehadiran masyarakat setempat di sini.
Datuk Seri Tengku Adnan yang menzahirkan kesyukuran berkata, aktiviti sedemikian akan terus dikekalkan bagi mengeratkan ukhwah dalam masyarakat di samping memupuk semangat cintakan bulan Islam dan memuliakannya.
“Walaupun ia dilakukan secara sederhana, kemeriahan dan keharmonian sesama individu dapat dilihat semasa mereka, menyediakan bahan keperluan dan mengacau bubur asyura secara gotong-royong hinggalah kepada proses agihannya,” katanya.
Beliau berkata, selain memasak bubur asyura dalam bulan Muharam, para penduduk setempat turut aktif mengimarahkan surau dengan mengadakan majlis keagamaan termasuklah kuliah agama selepas, ceramah agama, bacaan al-quran dan macam-macam lagi. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.