Semarakkan Semangat Kesukanan, Tingkatkan Kesihatan

PUTRAJAYA – Pemimpin tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyokong penuh usaha menyemarakkan semangat kesukanan melalui pertandingan dan kejohanan yang dilaksanakan.

Ini termasuklah Kejohanan Sepak Takraw Piala KPD Putrajaya yang berlangsung hari ini di Balai Polis P11.

Katanya yang juga Ahli Parlimen Putrajaya merangkap Ketua UMNO Bahagian tempatan, dengan mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi ia bukan sahaja dapat menyemai sifat harmoni malah dapat meningkatkan kekuatan tubuh badan dari segi emosi dan jasmani.

Tambahnya lagi, status lawan di gelanggang diangkat untuk jalinan kerjasama yang baik di semua peringkat. – UMNOPutrajaya

%d bloggers like this: