Muafakat Hari Malaysia Dalam Memasak Bubur Asyura

PUTRAJAYA – Cuti sempena sambutan Hari Malaysia, 16 September diaplikasi oleh warga Putrajaya untuk merealisasikan hasrat mengimarahkan bulan Muharam dengan memasak bubur Asyura beramai-ramai.

Hal tersebut telah dilaksana oleh para penduduk dengan memaskan secara bergotong-royong di pekarangan Surau Al-Musthofa anjuarn MPP SUB Zon 2 di P9 bersama surau terbabut, KRT2 Cawangan UMNO dan persatuan penduduk di sini, hari ini.

Dalam kemeriahan kerja-kerja yang dilaksana secara bersama ini turut disertai oleh ‘Ketua Kampung’ Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor selaku Ahli Parlimen merangkap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya.

Dalam hal ini beliau menzahirkan kesyukuran kerana masyarakat Putrajaya sentiasa mengaplikasi semangat bekerjasama dan tolong menolong serta menghidupkan suasana kekeluargaan biarpun tinggal di kawasan bandar.

“Alhamdulillah… inilah semangat kebersamaan yang sentiasa diterapkan dalam masayarakat Putrajaya dan sebagai pemimpin di sini saya amat menyokong usaha-usaha sedemikian kerana ia memberi makna yang sangat besar dalam mengukugkan perpaduan di kawasan ini.

“Terima kasih semua yang telah bertungkus-lumus melaksanakan kerja-kerja ini bersama-sama,” katanya yang turut disertai isterinya, Datin Seri Anggraini Sentiyaki.

Semoga usaha yang berterusan rakyat Putrajaya bersama pemimpin tempatan akan terus menjesahteraan dan melestarikan keseluruhan masyarakat. – UMNOPutrajaya

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: