Putrajaya Prihatin, Ziarah Rakyat Selami Permasalahan

PUTRAJAYA – Keprihatinan terhadap rakyat yang uzur dan yang ditimpa kesulitan menjadi kemestian kepada UMNO Bahagian Putrajaya yang digerakkan melalui Biro Kebajikan dan Pusat Khidmat UMNO Bahagian Putrajaya.

Lantaran itu, ruang masa yang ada bersempena cuti Hari Malasia dimanfaat bagi melawat empat buah rumah pesakit di Fasa 4B dan 4F Presint 9 Putrajaya.

Ziarah yang dilakukan oleh isteri Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datin Seri Anggraini Sentiyaki bersama Ketua Wanita UMNO Bahagian Putrajaya, Puan Husna Abdul Rahaman yang juga Pengerusi Biro Kebajikan serta Ketua Puteri UMNO Bahagian Putrajaya, Cik Jumaitul Laily Zakiah.

Sambil bertanya khabar, peluang yang ada digunakan untuk berkongsi rasa, menyelami permasalahan dan kesulitan selain menyampaikan sumbangan kepada mereka.

Semoga sokongan moral dan sumbangan yang diberikan akan dapat membantu meringankan beban mereka. – UMNOPutrajaya

%d bloggers like this: