Aktiviti & Komuniti

Jasa Petugas Barisan Hadapan Tak Ternilai… Terima Kasih

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Putrajaya merangkap Ketua UMNO Bahagian tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor merakamkan ucapan terima kasih kepada petugas barisan hadapan yang masih bertugas dan sentiasa mengutamakan keselamatan rakyat.

Katanya, penularan wabak COVID-19 dapat ditangani dengan baik namun langkah untuk terus mematuhi PKPP dengan operasi di kawasan awam, sekatan jalan raya dan rondaan masih dijalankan oleh kakitangan kesihatan, polis, tentera, bomba dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) serta Angkatan Perkhidmatan Awam (APM) dalam membantu usaha membendung wabak itu.

“Terima kasih frontliners… anda tidak tidur, terus bekerja malah polis dan PBT (pihak berkuasa tempatan) masih terus menjalankan tugas mereka.

“Jutaan terima kasih kepada semua barisan hadapan ini termasuk yang tak disebutkan seperti APM (Angkatan Pertahanan Awam Malaysia) dan RELA,” katanya yang mengadakan kunjungan kepada APM, RELA dan IPD Putrajaya.

Beliau berkata ini adalah program penghargaan yang dianjurkan oleh Belia Perihatin Putrajaya, MAWIP, Badan Amal Kasih Ibu WP dan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Putrajaya.

“Kami juga berikan sumbangan makan malam untuk diagihkan kepada yang bertugas dan juga bantuan lain untuk angota barisan hadapan ini di Putrajaya,” katanya lagi yang turut disertai isterinya, Datin Seri Anggraini Sentiyaki. – UMNOPutrajaya