Berita

Penangguhan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian seluruh negara

Presiden UMNO YB DS Dr Ahmad Zahid Hamidi telah mengarahkan saya agar memaklumkan bahawa semua Mesyuarat/Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda, Puteri dan Bahagian mestilah ditangguhkan serta merta.

Menteri Kanan (Keselamatan), DS Ismail Sabri Yaakob juga berpandangan yang sama.

Ini disebabkan kes Covid-19 yang mencecah kepada 260 pada hari ini, kedua tertinggi sejak penularan.

Kita tidak boleh mengambil risiko dan kita tidak mahu UMNO dipersalahkan.

Penangguhan ini adalah sehingga ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak. Arahan ini mestilah dipatuhi.

Terima kasih atas kerjasama semua pihak. Keselamatan rakyat adalah tanggungjawab kita bersama.

Datuk Seri Ahmad Maslan
Setiausaha Agong UMNO
1 Oktober 2020