Tahniah Warisan Plus, Anda Punca Covid19 Meningkat!

SEJAK Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bertukar kepada Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) jumlah positif Covid 19 hari ini adalah kedua tertinggi iaitu 260.

Jumlah ini agak merisaukan apatah lagi sebelum ini negara kita antara yang paling berjaya mengawal penyebaran.

Namun, ketika kerajaan mengendurkan kawalan, terdapat segelintir rakyat yang mengambil mudah dan ingkar arahan.

Di beberapa kawasan khususnya di Kedah dan Sabah kes positif meningkat semula sehingga terpaksa dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bersasar.

Kerajaan telah mengambil langkah perlu bagi mengawal gelombang kedua ini.

Pada ketika itulah kerajaan Warisan Plus membubarkan Dewan Undangan Negeri bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri.

Adakah rakyat sedar bahawa kesan buruk daripada tindakan itu?

Ahli politik PH dan cybertrooper pro-PH melihat peluang besar dan mengambil kesempatan menyalahkan kerajaan PN dan segala menteri yang terbabit.

Mereka lupa atau buat-buat tidak nampak bahawa Datuk Seri Panglima Shafie bin Apdal juga menjadi kepala kepada kenaikan mendadak gelombang kedua ini.

Hebatnya permainan media PH memang tidak dinafikan.

Buktinya, kerajaan BN dahulu berjaya dijatuhkan dengan permainan licik media sosial yang cepat mempengaruhi minda rakyat.

Taktik yang sama digunakan.

Menyerang musuh dan pada masa yang sama menutup kesilapan sendiri. Bijak kan?

Hakikatnya Warisan Plus boleh sahaja menangguhkan pembubaran DUN sehingga suasana di Sabah kembali terkawal.

Namun, bagi mereka rakyat tidak penting, yang utama ialah memenuhi nafsu politik peribadi.

Yang terpaksa menanggung dan membersihkan ‘najis’ yang ditinggalkan oleh Warisan Plus dan PH ialah GRS, BN, PN dan rakan komponennya.

Jika DUN tidak dibubarkan, kebarangkalian untuk kes kembali meningkat mungkin tidak setinggi ini.

Kerajaan pusat tiada kuasa untuk menghalang pembubaran DUN.

Apabila DUN dibubarkan, ahli politik dan parti politik dari semenanjung tiada banyak pilihan dan terpaksa turun padang.

Sekuat manapun prosedur operasi standard diikuti, tidak banyak yang mampu dilakukan untuk menghalang penularan.

Sila duduk dan jangan lari.

Warisan Plus, anda turut bertanggungjawab menyumbang kepada peningkatan kes ini. – Buletin Asia.

%d bloggers like this: