Aktiviti & Komuniti

Terima Kasih… Warga Putrajaya Hargai Sokongan Ahli Parlimen

PUTRAJAYA – Sumbangan Pusat Khidmat Parlimen Putrajaya yang berterusan kepada para penduduk khususnya mereka yang terkesan dengan COVID-19 amat dihargai oleh masyarakat setempat.

Rata-rata warga Putrajaya amat mengenali Ahli Parlimennya iaitu Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang lebih mesra dengan panggilan ‘ketua kampung’ malah sumbangan sedemikian sememangnya tidak asing kepada para penduduk.

Jelas Alina yang menjadi warga Putrajaya sejak 15 tahun yang lalu mengakui bahawa ‘ketua kampung’ sentiasa menjaga kebajikan dan sentiasa menyampaikan bantuan kepada rakyat yang dalam kesusahan apatah lagi apabila COVID-19 melanda negara.

Bgi Shahidan Fitri, Tengku Adnan adalah pemimpin [yang prihatin kepada rakyat.

“Alhamdulillah… ‘ketua kampung’ yang prihatin… dulu, kini, selamanya,” katanya.

Hal ini turut diakui oleh Zai Jeff yang sentiasa mendoakan agar segala perancangan dan urusan yang dilaksanakan akan dipermudahkan Allah SWT.

“Alhamdulillah… Amin… Terima kasih Ku Nan… semoga dipermudahkan segala urusan,” katanya lagi.

Menerusi sumbangan terbaharu yang dihulurkan, Pusat Khidmat Parlimen Putrajaya menyediakan barangan keperluan asas makanan seperti beras di samping beg makanan berisi antaranya gula, kopi dan teh.

Terdahulu, dilaporkan sejak Mac lalu iaitu apabila penularan COVID-19 berlaku, sumbangan pelbagai makanan asas diberikan termasuklah barangan basah seperti ikan dan ayam yang disalurkan secara berperingkat. – UMNOPutrajaya