Aktiviti & Komuniti

Putrajaya Prihatin: Zahir Sokongan Demi Kesejahteraan Rakyat

PUTRAJAYA: Kesejahteraan dan keselesaan rakyat sentiasa menjadi keutamaan kepada Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang menggerakkan Pusat Khidmat Parlimen Putrajaya serta mengaktifkan Biro Kebajikan.

Ini semua dilaksana agar tidak ada warga Putrajaya yang tersisih dan ketinggalan apatah lagi mereka yang dilanda musibah seperti keuzuran atau diduga dengan ujian yang berat.

Dalam memastikan fokus pengaktifan kebajikan dan keprihatinan kepada rakyat, usaha turut digerakkan dengan gerakan turun padang dan mengenalpasti mereka yang terlibat agar segera dapat dibantu di samping memberikan sokongan moral agar mereka yang terlibat tidak terasa terpinggir.

Terbaru, Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Bahagian Putrajaya, Puan Husna Abd Rahaman yang juga Ketua Wanita UMNO telah menyantuni mereka yang uzur dengan menyampaikan sumbangan selain menyelami permasalahan yang dilalui.

Hal tersebut juga turut dilaksana oleh Naib Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Ahmad Faisal Abdul Karim yang telah melakukan kunjungan serta menyalurkan sumbangan agar dapat membantu meringankan beban yang ditanggung.

Semoga dengan usaha yang dilakukan akan dapat menyemarakkan semangat keluarga besar Putrajaya sebagaimana yang menjadi hasrat pemimpinnya atau lebih mesra dengan panggilan ‘ketua kampung’, iaitu Tengku Adnan. – UMNOPutrajaya