Aktiviti & Komuniti

Semburan Nyah Kuman Di Pejabat UMNO Putrajaya

PUTRAJAYA – UMNO Bahagian Putrajaya bersama pejabat Parlimen Putrajaya telah melakukan semburan nyah kuman ke atas keseluruhan bangunan yang dilaksanakan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Putrajaya, di sini.

Proses nyah kuman ini dibuat bagi mengekang dan memastikan wabak COVID-19 tidak menular dan pejabat UMNO Bahagian Putrajaya bebas dari wabak terbabit.

Dilaporkan, semalam sebanyak 799 kes baharu COVID-19 dicatatkan dengan 636 atau 79.6 peratus daripadanya adalah di Sabah serta Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata 466 kes dikesan di Sabah manakala Selangor 150 kes, Kuala Lumpur 19 kes dan Putrajaya satu kes. – UMNOPutrajaya