Aktiviti & Komuniti

Menyantuni Masyarakat India Menjelang Deepavali

PUTRAJAYA – Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang dilanjutkan lagi selama 14 hari lagi sehingga 9 Nov ini tentunya akan turut menjejaskan persiapan masyarakat India yang bakal meraikan Deepavali tidak lama lagi.

Bukan itu sahaja, kesan Pandemik COVID-19 ini pastinya turut memberi impak terhadap kehidupan harian masayarakat ekoran pelbagai aktiviti harian yang terjejas.

Lantaran itu, sumbangan dihulurkan oleh Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor melalui Pusat Khidmat Parlimen berkaitan agar kesusahan yang ditanggung dapat diringankan.

Semoga setiap usaha yang dilaksana akan dapat membantu rakyat yang kerumitan lantas memberikan keselasaan keapada masyarakat demi kelansungan hidup. – UMNOPutrajaya