Isu Semasa

PH Berbangga Pencapaian Sendiri…?

Kelakar juga apabila PH berbangga-bangga dengan Laporan Audit Negara 2019 yang mengatakan hasil kerajaan Persekutuan pada tahun tersebut adalah RM264.4 bilion atau RM31.5 bilion lebih tinggi berbanding tahun 2018 [1]

Inilah masalah PH. Bangga membandingkan pencapaian diri sendiri.

Apa yang berlaku sebenarnya adalah kerajaan Persekutuan telah mengalami pengurangan hasil sebanyak RM21 bilion pada 2018 akibat polisi anti GST kerajaan PH yang memakan diri.

Kenaikan tinggi pada 2019 pula berlaku apabila Petronas diarahkan untuk memberikan bayaran khas sebanyak RM30 bilion kepada kerajaan Persekutuan. Ini tidak termasuk RM24 bilion dividen normal yang disumbangkan oleh Petronas.

Ni dah sama macam Tabung Haji. PH bangga bagi kenaikan hibah 3.05% tahun 2019 selepas mereka sendiri yang menjadi punca TH hanya mampu bagi hibah 1.25% pada 2018.

Tak ke bengong bangga macam tu?

Kalau kita tengok tahun 2016 dan 2017 juga (zaman BN), syarikat negara ini ketika itu hanya perlu membayar RM16 bilion sahaja ke dalam perbendaharaan kerajaan. Ini telah menyebabkan prestasi kewangan Petronas meningkat termasuk berjaya menyimpan rizab tunai sebanyak RM174 bilion pada akhir 2017.

Jadi sekiranya kita membaca penuh Laporan Ketua Audit Negara tersebut, sebenarnya tidak ada apa2 yang perlu dibanggakan pun. Hasil naik kebanyakannya sebab jual aset dan ‘paw’ duit syarikat kerajaan saja.

Jadi ‘kaki paw’ pun nak bangga ke?

Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Bukit Tunggal Kuala Terengganu