Takziah, Ahli Parlimen Gerik Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Putrajaya merangkap Ketua UMNO Bahagian tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bersama seluruh kepimpinan UMNO bahagian Putrajaya merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga Ahli Parlimen Gerik Datuk Hasbullah Osman yang meninggal dunia di Raub, Pahang petang ini.

Dilaporkan Allahyarham Datuk Hasbullah, 63, telah tidak sedarkan diri susulan serangan jantung ketika berada di dalam kereta semasa di kampung isterinya di Raub.

Allahyarham yang juga Ketua Bahagian UMNO Gerik, kemudian dikejarkan ke Hospital Raub sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira jam 7 malam.

Jenazah kini berada di hospital dan akan dibawa pulang ke Gerik selepas semua urusan berkaitan selesai.

Allahyarham Hasbullah mula bertanding sebagai wakil rakyat semasa Pilihan Raya Umum ke-11 (PRU11) pada 2004 di DUN Temenggor dan seterusnya mempertahankan kerusi itu semasa PRU12. Pada PRU13, Allahyarham bertanding di kerusi Parlimen Gerik dan seterusnya sekali lagi mempertahankan kawasan itu pada PRU14.

Semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah. – UMNOPutrajaya

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: