Aktiviti & Komuniti

Putuskan Rangkaian COVID-19, Program #PemudaCegah Aktifkan Gerak Kerja CSR

PUTRAJAYA – Pergerakan Pemuda UMNO Putrajaya mendepani usaha memastikan putusnya rangkaian COVID-19 dengan mengadakan Program #PemudaCegah iaitu mengaktifkan gerak kerja CSR (Corporate Social Responsibility atau Tanggungjawab Sosial dan Korporat), hari ini.

Gerak kerja mantap yang dilaksana dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya ini melibatkan kerja-kerja sanitasi seluruh kawasan Blok Flat Putra Harmoni @ Flat Hijau termasuklah kawasan persekitarannya.

Pemuda UMNO Putrajaya melaksanakan tugasan bersama ketuanya, Dr Tengku Iqbal Munawwir dan Naib Ketuanya, Mohd Zusheidy Zulkifli serta barisan ahli-ahli Pemuda tempatan sementara Jabatan Bomba Putrajaya diketuai oleh Tuan Shaari dengan disertai anggotanya untuk memastikan misi tersebut dilaksana dengan jayanya.

Program sanitasi awam ini dibuat bertujuan menyekat rantaian penularan wabak COVID-19 dikalangan penduduk tempatan dan secara tidak langsung memastikan Putrajaya kembali sebagai zon hijau. – UMNO Putrajaya