Aktiviti & Komuniti

Jemputan Majlis Kenduri Rakyat Sempena Acara Pernikahan, Norma Baharu Berkonsep Pandu Lalu

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Putrajaya merangkap Ketua UMNO Bahagian tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan isteri, Datin Seri Anggraini Sentiyaki menjemput orang ramai khususnya warga Putrajaya untuk meraikan Majlis Kenduri Rakyat sempena acara pernikahan anakanda beliau, Tengku Muhammed Hafiz.

Majlis tersebut bakal berlangsung dalam norma baharu bersesuaian dengan pelaksanaan PKPP sekarang ini iaitu dibuat melalui kehadiran para jemputan secara pandu lalu sahaja tanpa perlu turun dari kenderaan.

Hal tersebut dilaksana sebagai usaha mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dan memastikan warga Putrajaya kekal sihat serta dapat memutuskan penularan COVID-19.

Sehubungan itu, Tengku Adnan dan keluarga amat berharap agar para tetamu dapat memahami situasi yang berlaku dan amat menghargai sokongan dari semua pihak.

Majlis tersebut akan diadakan pada:

Tarikh: 20 Disember 2020
Tempat: Pesiaran Perdana, Presint 3
Konsep: Pandu lalu (drive thru)


Berikut adalah panduan untuk tetamu:

• Para jemputan hendaklah berada di dalam kenderaan dan tidak dibenarkan turun dari kenderaan masing-masing.
• Tiada laluan untuk pejalan kaki.
• Laluan keluar masuk akan ditetapkan dan semua jemputan hendaklah mematuhi SOP yang telah ditetapkan memandangkan Putrajaya masih berada di dalam tempoh PKPP
• Kerjasama yang diberikan daripada semua amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. – UMNOPutrajaya