Aktiviti & Komuniti

Perhalusi Perancangan Pastikan Majlis Kenduri Rakyat Norma Baharu Lancar

PUTRAJAYA – UMNO Bahagian Putrajaya telah mengadakan mesyuarat melibatkan ahli jawatankuasanya yang turut disertai ahli jawatankuasa Wanita Pemuda dan Puteri UMNO bagi menggerakkan usaha memastikan kelancaran Majlis Kenduri Rakyat.

Mesyuarat yang turut dihadiri oleh ketua-ketua Cawangan UMNO Putrajaya ini juga turut membincangkan pelaksanaan program yang bakal diadakan dalam norma baharu memandangkan Putrajaya masih berada dalam PKPP.

Lebih bermakna, acara berkenaan turut melibatkan majlis akad nikah anakanda Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang akan dilaksana juga dalam kaedah baharu sebagai meraikan para tetamu.

Dengan adanya mesyuarat yang diadakan, tugasan dapat diagihkan dan pelaksanaan program dalam suasana baharu akan mudah difahami memandangkan semua pemimpin UMNO Cawangan termasuklah AJK sayap parti perlu memainkan peranan agar maklumat dapat disalurkan ke akar umbi.

Apa yang pasti, Majlis Kenduri Rakyat yang akan diadakan sempena upacara pernikahan anakanda ‘ketua kampung’ bakal mengutamakan keselamatan dan kesihatan rakyat di samping permuafakatan serta silaturrahim terus terjalin. – UMNOPutrajaya