Rakyat Teruja, Kenduri Pandu Lalu Jadi Sejarah Di Putrajaya

PUTRAJAYA – Buat julung kalinya, majlis kenduri perkahwinan dilaksana secara pandu lalu yang melibatkan jemputan dari seluruh Parlimen Putrajaya telah berlangsung dengan jayanya hari ini.

Idea ini adalah hasil keprihatinan Ahli Parlimennya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang mahukan agar majlis pernikahan anak lelakinya, Tengku Mohammed Hafiz diraikan secara terbuka dalam satu keluarga besar iaitu bersama-sama penduduk Putrajaya.

Sememangnya, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dengan pematuhan kepada prosedur standard operasi (SOP) telah mengaplikasi kenduri pandu lalu iaitu kehadiran para jemputan secara berkenderaan sahaja tanpa perlu turun sebaliknya hanya sapaan dan lambaian tangan tanda ikatan silaturrahim terpatri erat.

Para tetamu yang hadir melalui jalan Dataran Putrajaya berpeluang melihat pasangan pengantin Tengku Muhammed Hafiz Tengku Adnan dan Oceane Cyril Alagia melambaikan tangan dari pentas dan kemudian mengambil juadah makanan yang disediakan di khemah khas secara panda lalu.

Bagi Eaton Kitchen yang turut menghadiri majlis tersebut, ia adalah sesuatu yang amat menarik.

“Alhamdulillah. Sesuatu yang menarik dan menjadi sejarah. Tahniah Datuk Seri Tengku Adnan dan keluarga,” katanya yang meninggalkan komen menerusi muat naik komen di dalam facebook Tengku Adnan.

Hal yang sama dikongsi oleh Mimi Azura Aziz yang menganggap bahawa majlis pernikahan ini adalah ‘wedding of the year’.

“Tahniah Tok Penghulu Putrajaya. Wedding of the year. Semoga sentiasa dipermudahkan segala urusan serta kekal hingga ke Jannah. Aamin Ya Rabbal Alamin.”

Dalam masa yang sama, rata-rata pengunjunga yang hadir juga menzahirkan rasa gembira dengan kelainan ‘goodies bag’ kepada para tetamu yang hadir.

Kata Lan Pacai, “Terima kasih ‘Ketua Kampung’ tak sangka dapat beras selalunya kenduri biasa dapat telur tapi Ku Nan siap bagi beras lagi. Semoga anak ‘Ketua Kampung’ berbahagia hingga akhir hayat… Amin.”

Begitu juga kata Affiza Haniffa yang cukup gembira kerana dapat menghadiri majlis tersebut.
“Alhamdulillah dan tahniah… semoga pasangan ini diberkati Allah dan berbahagia hingga ke syurga… terima kasih atas undangan, goodies dan bungkusan makanan,” katanya lagi.
Dianggarkan sekitar 10,000 warga Putrajaya dan pengunjung hadir memeriahkan majlis perkahwinan yang bertemakan adat Jawa itu. – UMNOPutrajaya

%d bloggers like this: