Aktiviti & KomunitiBerita

Sertai Pertandingan Mobile Legends Bang Bang & PUBG Mobile Di Putrajaya Esports Festival

PUTRAJAYA – Orang ramai dipelawa untuk menyertai Putrajaya Esports Festival iaitu pertandingan Mobile Legends Bang Bang & PUBG Mobile yang diadakan buat julung kali di sini.

Lebih menarik apabila pertandingan ini memberi peluang kepada peserta untuk memenangi sebahagian daripada wang jumlah terkumpul sebanyak RM5,000 dan akan dinobatkan sebagai pasukan e-sukan terbaik Putrajaya.

Putrajaya Esports Festival ini dianjurkan oleh Pemuda UMNO Putrajaya dan Kelab Belia Inovatif Putrajaya serta Koperasi Putrajaya Nasional (KOPNAS) dengan mengenakan syarat pertandingan iaitu harus diwakili oleh sekurang-kurangnya tiga warga Putrajaya di dalam setiap pasukan.

Jadi… tunggu apa lagi? Inilah peluang terbaik untuk menyerlah dalam e-sukan dengan mendaftar sekarang kerana slot amat terhad dan pendaftaran akan ditutup sebaik sahaja slot yang ada penuh.

Untuk pendaftaran, sila ke pautan berikut : bit.ly/putrajaya-esports

Sebarang Pertanyaan boleh hubungi:

PUBG Mobile | Hadi – 013-741 2905
Mobile Legends Bang Bang | Amin – 018-970 1998

Stay home, stay safe, GAME ON. – UMNOPutrajaya