Kit Siang sangat berintegriti ke?

Saya cuma beri 8 contoh terbaru sahaja. Uncle nilai sendiri.

1. Tuduh saya bunuh Kevin Morais kata ada bukti pendrive. Bila saya suruh dia beri pendrive, dia membisu. Lalu dia kata dia tak pernah tuduh saya pernah bunuh sesiapa pula termasuk Teoh Beng Hock, Altantuya dan Kevin.

2 Tuduh Mahathir macam-macam selama berpuluh tahun termasuk tulis buku skandal BNM Forex RM33 bilion. Tapi membisu pula bila kerajaan Mahathir tarik balik laporan polis hasil siasatan rasmi RCI skandal BNM dan klasifikasi kes sebagai No Further Action (NFA) tahun lepas.
Sebab itu, tiada seorang pun pernah bertanggung jawab atau pernah didakwa walaupun negara sudah lesap RM33 bilion (bersamaan dengan nilai RM100 bilion sekarang). Tapi Uncle okay sahaja asalkan anak dia Menteri Kewangan masa kerajaan Mahathir tarik balik laporan polis.

3. Kit Siang senyap apabila perbicaraan mahkamah rasuah banglo anak dia digugurkan separuh jalan setelah peguam anak dia dilantik sebagai peguam negara.
Takde pula Kit Siang kata ini menghina proses perundangan negara.

4. Ahli politik PH dilantik untuk mengetuai SPRM dan kes terowong anak dia disiasat memanjang tanpa keputusan. Takde pulak Kit Siang kata ini adalah tidak adil dan conflict of interest.

5. Kit Siang membisu seribu bahasa apabila anak didakwa dalam mahkamah atas tuduhan songlap terowong termasuk 10% dari kepentingan projek termasuk projek hartanah bernilai RM30 bilion dan juga penyelewengan tanah kerajaan bernilai RM208.7 juta.

Tidak pula dia suruh anak dia letak jawatan atau rehat untuk menghadai kes rasuah mahkamah.
Anak dia dituduh beri tanah kerajaan bernilai RM208.7 juta kepada kroni syarikat terowong yang dituduh bayar dia cash berjuta-juta serta kepentingan 10% untuk sebagai part-payment untuk kos mahal giler RM305 juta membuat laporan tapi saya pulak disabit kesalahan sedekah RM42 juta kepada Rakyat (bukan kegunaan sendiri atau diberi kepada syarikat kroni seperti kes anak dia) dalam kes SRC pulak. Tahu beza tak, Kit Siang?

6. Kit Siang berbulan-bulan mem buat pelbagai tuduhan atas saya lalu dia setuju berdebat supaya saya jawab boleh jawab dia. Beberapa hari selepas dia bersetuju berdebat, dia U-turn dan larikan diri pulak dengan alasan bodoh bahawa debat antara dia dengan saya mampu mencetuskan pergaduhan antara kaum.

7. Kit Siang gagal tunaikan janji umum dia untuk bersara dari politik sekiranya Mahathir tak serah jawatan PM kepada Anwar. Dia masih buat tak tahu sehingga kini walaupun petisyen untuk dia tunaikan janji ini sudah cecah 57,000 orang menyokong. tinyurl.com/unclebersara

8. Dan terbaru, Uncle buat kira-kira mengarut apabila tuduh kerajaan membeli vaksin Covid dengan harga 20 kali lebih tinggi. Setelah dia dibuktikan amat salah, dia membisu pula. Tak pohon maaf dan tak mahu mengaku.
Berintegriti ke kamu, Kit Siang?

Sebab itu saya perhatikan setiap posting FB Kit Siang dimaki dan dikecam ratusan atau ribuan Rakyat pelbagai kaum tiap-tiap hari.

Posting Kit Siang: https://www.facebook.com/limkitsiang2.0/posts/10157497874196073

NAJIB RAZAK

%d bloggers like this: