Selamat Tahun Baru 2021 Rakyat Malaysia

Semoga tahun baru ini akan menjadi tahun yg lebih produktif & bermanfaat kpd semua. Kita pasti tidak akan melupakan kesukaran tahun 2020, dgn cabaran yg sangat luar biasa.

Sebagai rakyat Malaysia, saya menyimpan harapan agar Kerajaan memberikan fokus kpd 2 keutamaan untuk tahun 2021.

Pertama ialah vaksinisasi setiap seorang rakyat Malaysia. Ia mesti disegerakan tanpa berlengah, kpd semua warga walau di pelusuk daerah geografi mana pun mereka berada.

Ia akan menjadi ‘a huge medical and logistical challenge’ kpd Kerajaan. Kerajaan wajar mempertimbangkan prosedur proses kelulusan kecemasan utk penggunaan vaksin Covid 19 seperti negara lain, tanpa kompromi kpd kepentingan kesihatan & keselamatan umum. Proses ‘conditional approval’ yg ada adalah tidak selari dgn kepantasan kelulusan kecemasan global.

Kita tidak pernah berpengalaman melakukan perkara sebegini tetapi dgn teknologi, dedikasi & semangat patriotik kpd Malaysia, insha Allah kita boleh melakukanya. Ikhtiar vaksinasi nasional ini adalah ‘litmus test’ kpd kewibawaan Kerajaan.

Kedua, ialah menyegerakan pemulihan ekonomi & membuka sempadan. Tahun 2020 telah banyak di bazirkan dgn ‘politicking’. Tahun 2021 adalah ‘time to seriously govern’.

Segala unjuran optimistik yg diumumkan mesti segera diterjemahkan dlm bentuk pemulihan & pertumbuhan ekonomi yg nyata. Lakukan apa jua tindakan radikal bagi merancakkan kegiatan ekonomi kerana kesejahteraan rakyat sangat bergantung kepadanya.

Pemulihan ekonomi juga memerlukan sempadan antarabangsa utk dibuka. Plan kearah itu mesti segera di sediakan kerana Malaysia adalah ‘antara negara paling global’ di dunia. Kita tidak boleh hidup ‘terasing’ sebegini terlalu lama.

Keadaan ini harus berakhir. Tiada pertumbuhan ekonomi, pemulihan yg nyata & pelaburan asing & domestik yg ‘significant’ tanpa kestabilan politik & Kerajaan yg diyakini.

Malaysia tahun 2020 telah hilang status-quo dlm pelbagai sektor kehidupan, kesejahteraan sosial & ekonomi. Kita mesti segera mengembalikan Malaysia ke persada percapaian terdahulu & menjadi lebih baik.

Mari kita berazam menjayakan Malaysia yg lebih baik pada 2021 Insha-Allah

Dato Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan

%d bloggers like this: