Kes Zeti: Tun M Pun Diam Juga?
Kenapa Tun M “membisu” bila viral dokumen yang membuktikan keluarga Zeti menerima dana yang ada kaitan 1MDB dan Jho Low.
Itu bukti memang wujud konspirasi “political persecution” yang melibatkan Tun M dan Zeti.
Perkara ini dapat disembunyikan kerana rupanya ia berlaku di Singapura. Keluarganya ada akaun bank di Singapura. Ia bocor kerana ada tindakan undang undang di Singapura.
Beranikah Zeti menafikan bahawa keluarga dia pernah diambil tindakan jenayah oleh negara Singapura berhubung dana yang berasal dari 1MDB?
Di Malaysia bolehlah menyorokkan maklumat tetapi di Singapura nak lari mana? Zeti pun tidak menafikan syarikat Cutting Edge Industries Ltd adalah milik keluarganya.
Di Malaysia seorang Gabenor BNM boleh menafikan dia tahu dana asing berbilion ringgit masuk ke akaun Najib sedangkan ia perlu kelulusan BNM.
Malang bagi Malaysia kononnya juara anti kleptoktasi seperti Tun M akhirnya hanya “terdiam”bila maklumat yang disorokkan terdedah.
Sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.
Datuk Dr Puad Zarkashi