Berita

Perjumpaan Ketua-Ketua UMNO Bahagian Alternatif Konvensyen UMNO

1. Hari ini Presiden telah mengadakan pertemuan dengan Ketua-Ketua UMNO Bahagian seluruh Malaysia.

2. Sebanyak 189 Bahagian termasuk jumlah yang sama bagi sayap-sayap Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri UMNO telah berjaya menyelesaikan Mesyuarat Perwakilan masing-masing sebagaimana tuntutan Perlembagaan (kecuali Tanah Merah yang digantung dan Tuaran bersidang minggu ini).

3. Lazimnya, Konvensyen di peringkat Negeri-negeri dan Kebangsaan menyusul bagi memperhalusi setiap usul-usul Bahagian yang akan dibawa ke Perhimpunan Agung UMNO.

4. Memandangkan keperluan mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang sedang berjalan, pertemuan dengan Ketua-Ketua UMNO Bahagian dijadikan alternatif kepada Konvensyen.

5. Pertemuan ini adalah amalan lazim untuk kepimpinan tertinggi mendengar dan memperhalusi suara akar umbi sebelum sebarang usul dibawa secara rasmi ke Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan Perhimpunan Agung UMNO untuk dibahas dan diputuskan.

DATUK SERI HAJI AHMAD BIN MASLAN
Setiausaha Agung UMNO