Aktiviti & Komuniti

Ketua Kampung Terus Prihatin, Edaran Beras Percuma Untuk Warga Tempatan

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor terus prihatin dengan keperluan rakyat terutamanya dalam usaha untuk mengurangkan beban hidup rakyat.

Sehubungan itu, melalui Pergerakan Pemuda UMNO Putrajaya, edaran beras secara percuma telah dibuat kepada warga tempatan dengan orang ramai datang sendiri untuk mengambil sendiri beras yang disediakan.

Sememangnya perkara sedemikian telah menjadi kelaziman kepada rakyat Putrajaya yang begitu akrab dengan keprihatinan ‘ketua kampungnya’ yang juga Ketua UMNO Bahagian Putrajaya.

Terdahulu beliau telah memberikan sumbangan berupa barangan keperluan asas makanan seperti beras di samping beg makanan berisi antaranya gula, kopi dan teh.

Dilaporkan sejak Mac lalu iaitu apabila penularan COVID-19 berlaku, sumbangan pelbagai makanan asas diberikan termasuklah barangan basah seperti ikan dan ayam yang disalurkan secara berperingkat.

Semoga Allah SWT memberkati segala usaha yang baik dan merahmati rakyat semua. – UMNOPutrajaya