Demi Warga Putrajaya: Pemuda UMNO Terus Jadi Pemudahcara Laksana Edaran Beras
PUTRAJAYA – Kesungguhan dalam menabur bakti dan menjadi pemudahcara dalam menyampaikan bantuan sumbangan Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya mengadakan edaran beras secara percuma.
Ketuanya, Dr Tengku Iqbal Munawwir berkata, langkah ini dibuat bagi memastikan warga Putrajaya dapat mengambil sendiri beras yang diedarkan secara percuma tanpa ada yang tertinggal.
“Pemuda Putrajaya melaksanakan edaran beras sumbangan ‘ketua kampung’ ini dengan harapan agar ia dapat meringankan dan membantu rakyat Putrajaya terutamanya ketika pandemik Covid-19 masih menular.”
Dalam masa yang sama, beliau menzahirkan rasa syukur kerana edaran 1,000 kampit beras secara terbuka mendapat sambutan yang baik dari penduduk setempat.
“Pemuda UMNO Putrajaya sedia sebagai pemudahcara bagi memastikan bantuan yang diberikan oleh ‘ketua kampung’ sampai kepada orang ramai,” katanya.
Program yang turut disertai oleh anggota AJK dan ahli-ahli Pemuda UMNO ini telah diadakan di Hadapan Rumah Perlindungan Kucing Presint 9 dengan pemberian secara pandu lalu berkonsepkan ‘1st Come 1st Serve’.
Terdahulu Dr Tengku Iqbal telah menekankan kepentingan pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) sebagaimana yang ditetapkan kerajaan dan bagi mencegah jangkitan pandemik COVID-19. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.