Aktiviti & Komuniti

Cakna Rakyat… Agihan Beras Pastikan Kariah 63 Surau Tidak Terpinggir

PUTRAJAYA – Keutamaan untuk berkhidmat dan memastikan warga Putrajaya sentiasa terbela menjadi fokus utama dalam pentadbiran Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor setiap masa.

Lantaran itu, agihan beras kepada kariah-kariah 63 surau di Putrajaya telah dilaksana.

Dalam hal ini, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya yang sentiasa tampil menjadi pemudahcara antara Ahli Parlimen dan rakyat telah menyempurnakan penyampaian tersebut melibatkan kariah-kariah ke surau-surau di kawasan ini.

Ketua Pemuda, Dr Tengku Iqbal Munawwir bersama Naib Ketuanya, Saudara Zushaidey Zulkifli dan barisan pemuda tempatan turun padang dengan menjadi wakil Tengku Adnan dalam menyampaikan agihan beras di surau-surau sekitar Putrajaya.

Sememangnya penyampaian sumbangan dalam usaha untuk meringankan beban rakyat tidak asing kepada warga Putrajaya yang sememangnya amat mengenali ‘ketua kampung’ mereka.

Semoga dengan sumbangan yang diberikan akan dapat membantu rakyat khususnya dalam mengurangkan perbelanjaan barangan asas khususnya dalam mendepani pandemik COVID-19 dan ketidaktentuan ekonomi semasa. – UMNOPutrajaya