Beza Kerajaan Majoriti Lemah Dengan Kerajaan Tiada Majoriti

Tidak ada siapa tahu berapa jumlah sokongan terhadap Muhyiddin bila dia diperkenan sebagai Perdana Menteri ke 8. Tiada SD, tiada senarai yang didedah sebagai bukti.

Ia hanya diketahui bila berlaku undian untuk melantik Azhar Harun sebagai Speaker. Rupanya 113 sahaja. Sebab itu Kerajaan PN dikenali sebagai kerajaan majoriti lemah.

Sekarang tinggal 109 bila Nazri Aziz dan Ahmad Jazlan tarik balik sokongan kepada Kerajaan PN dan Muhyiddin. Ini adalah kerajaan tiada majoriti.

Maka timbul isu perundangan apakah Muhyiddin memberi nasihat sejujurnya kepada Yang DiPertuan Agung untuk proklomasi darurat. Dia sudah kehilangan sokongan majoriti ketika itu.

Sebab itu langkah Muhyiddin adalah langkah politik sama dengan usahanya untuk mendapatkan perkenan YDP Agung untuk proklomasi Darurat 1.0. Ia ditolak oleh Majlis Raja Raja Melayu.

Ada Menteri mengaku mereka hanya dimaklumkan mengenai darurat 1.0 dalam mesyuarat Kabinet. Tiada perbincangan. Alasannya bimbang Bajet ditolak dan untuk mengelak PRK Batu Sapi.

Sebab itu langkah Darurat 2.0 hanya langkah politik. COVID-19 dijadikan alasan. Apa kena mengena Parlimen digantung sampai Ogos tetapi shopping complex dibenarkan buka.

Walauoun ada yang mendakwa kerajaan minoriti masih boleh berfungsi, tetapi dari segi moral, Muhyiddin tidak bermoral kerana hanya 109 ahli Parlimen yang menyokongnya.

Justeru dia hanya memperkukuhkan lagi ketidakstabilan dalam negara dan akan membawa padah lebih buruk kepada ekonomi. Tempoh 10 bulan bukti dia gagal memulihkan ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat.

Dia menolak rekonsilisasi politik. Sebaliknya mengambil pendekatan autokratik apabila memohon perkenan darurat. Dia mahu kekal berkuasa.

Muhyiddin dan penyokongnya gembira kononnya UMNO kena checkmate sebelum 31 Januari. Ingatlah, ini bukan lagi Kerajaan majoriti lemah tetapi kerajaan tiada majoriti. Rakyat akan checkmate kamu.

DrPuad Zarkashi

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: