Turut Berdukacita, Ahli Parlimen Prihatin Nasib Mangsa Kebakaran
PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah menzahirkan rasa dukacita dan bersimpati terhadap keluarga En Masri Hudari dan Puan Faradhilah Rosman ekoran ditimpa musibah kebakaran kediaman mereka.
Ekoran itu, Biro Kebajikan Parlimen Putrajaya yang dipengerusikan oleh Puan Husna Abdul Rahaman bersama anggotanya telah mewakili Datuk Seri Tengku Adnan bagi membuat lawatan susulan untuk melihat perkembangan dan keadaan mangsa kebakaran
Kebaran yang berlaku semalam di Blok 5A, tingkat 6, Presint 9 membabitkan ahli keluarga yang telah mengakibatkan En Masri Hudari mengalami kecederaan ekoran melecur di bahagian muka dan masih di rawat di hospital.
Tindakan pantas pihak bomba dan penyelamat telah dapat memadamkan api dan mengelakkannya daripada merebak ke kediaman yang lain.
Dalam kunjungan ini, Biro Kebajikan Parlimen Putrajaya telah menghulurkan sumbangan selain turut memberikan sokongan moral agar keluarga ini tabah dan cekal berdepan dengan musibah yang melanda.
Sememangnya kebajikan warga Putrajaya sentiasa menjadi keutamaan Ahli Parlimennya yang sentiasa memberi bantuan pada kadar segera apatah lagi apabila membabitkan kebakaran tempat tinggal.
Diharapkan keluarga mangsa tabah harungi ujian dan dugaan terutama dalam menghadapi saat-saat sukar ini. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.