Isu Semasa

Malaysia: Demokrasi Berparlimen, Darurat & COVID-19

Malaysia berada dalam kedudukan yang sangat ‘unprecedented’ dalam sejarahnya.

Pandemik yang semakin menular, ekonomi yang merudum, negara di istiharkan dalam darurat, perlembagaan di gantung dan parlimen tidak berfungsi.

Keputusan Kerajaan dalam mengisytiharkan darurat ini, kita akur, hanya setakat untuk memastikan pandemik ini terkawal.

Alangkah baik jika Kerajaan mengisytiharkan “the state of Health Emergency” dan memperkenalkan ordinan spesifik bagi tujuan tersebut.

Hanya memperbaiki strategi kesihatan, mempertingkatkan kawalan penyakit seperti pendekatan MCO dan menyegerakan immunisasi akan memulihkan Malaysia dari wabak ini.

Menggantung Perlembagaan sama ada secara separa atau sepenuhnya tidak akan membantu memulihkan pandemik ini.
UMNO akan menyokong segala usaha Kerajaan membasmi wabak ini. Pendirian ini tiada tawar menawar.

Tetapi UMNO juga akan berusaha sedaya upaya memulihkan semula demokrasi dan mengembalikan semula fungsi Perlembagaan.

Malaysia adalah demokrasi yang berjaya. Malah ia adalah teladan negara demokratik yang terbaik di kalangan negara Islam.

Demokrasi Malaysia tidak boleh dikalahkan oleh pandemik atau apa jua cabaran yang melanda negara ini. Dan ia akan terus menjadi negara hukum dengan Perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi dan pedomannya.

Dato Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan