Aktiviti & KomunitiBerita

Puteri UMNO Putrajaya Realisasikan Misi Bantuan Prihatin Pasca Banjir

PUTRAJAYA – Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Putrajaya bersama-sama dengan NGO tempatan turun padang merealisasikan Misi Bantuan Prihatin Putrajaya khusus bagi membantu mangsa banjir dalam musibah yang berlaku baru-baru ini.

Ketuanya, Jumaitul Laily Zakiah Ismail berkata gerakan tersebut dilaksana sebagai usaha berkongsi rezeki dan membantu mereka yang terlibat dalam banjir baru-baru ini.

“Kali ini Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Putrajaya, ANGGUN Putrajaya dan beberapa lagi NGO yang terlibat berkongsi rezki dengan mangsa banjir di Johor.

“Sama-sama kita doakan agar dipermudahkan segala urusan yang dirancang berjalan dengan lancar,” katanya.

Program yang diketuai oleh Hj Roslan dan bertempat di Rumah Komuniti Anjung Bestari Fasa 4B P8 ini turut melibatkan NGO seperti Skuad Jejak Prihatin Putrajaya (SJPP) Anggun dan MPP Sub Zon 3 yang berganding bahu untuk merealitikan bantuan.

Dalam hal ini, Jumaitul Laily Zakiah turut menzahirka penghargaan kepada mereka yang terlibat dan sama-sama berusaha bagi memastikan Misi Bantuan Prihatin Putrajaya lancar.

“Terima kasih juga buat semua yang terlibat menjayakan dari awal hinggalah akhir. Moga Allah merahmati, melindungi dan meredhai kita semua,” katanya yang sentiasa mengingatkan anggota terlibat untuk melaksanakan kawalan kendiri dan mematuhi SOP agar COVID-19 dapat dielakkan.

Misi Bantuan Prihatin Putrajaya yang melibatkan sekitar 20 orang jentera telah bergerak ke Kluang Johor dengan membawa barangan keperluan harian khususnya pakaian untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir.

Bukan itu sahaja, anggota terlibat juga akan menjalankan kerja-kerja sukarela di sana untuk meringankan beban penduduk pasca banjir.

Semoga usaha murni yang dilaksana akan dilimpahi Rahmat buat semua. – UMNO Putrajaya