Sumbangan Prihatin Parlimen Putrajaya Aplikasi Kebersamaan Berdepan Kesulitan

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sentiasa sentiasa mengaplikasi komuniti Putrajaya sebagai satu keluarga besar yang perlu sepakat dan melaksanakan kebersamaan dalam berdepan pelbagai dugaan.

Lantaran itu, Tengku Adnan yang lebih mesra dengan panggilan ‘ketua kampung’ sentiasa cakna terhadap kesulitan dan kebajikan warganya khususnya mereka yang berdepan dengan kesulitan.

Usaha bagi membantu rakyat dilaksana melalui Boro Kebajikan Parlimen Putrajaya yang dipengerusikan oleh Puan Husna Abd Rahaman dengan menyampaikan sumbangan mewakili Ahli Parlimen yang juga Ketua UMNO Bahagian Putrajaya.

Kali ini, sumbangan prihatin menyusur keluarga En Ayob Abd Samad dengan menyampaikan kerusi roda kepada beliau bagi memudahkan pergerakan setelah mengalami serangan strok hingga lumpuh separuh badan.

Terkini, En Ayob telah masalah di bahagian kaki yang menyebabkannya tidak dapat berjalan dengan stabil.

Dalam masa yang sama, Puan Husna yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Putrajaya turut menyampaikan sumbangan barangan kepada keluarga beliau.

Semoga dengan sumbangan kerusi roda yang diberikan akan dapat memudahkan pergerakan dan membantu proses penyembuhan En Ayob.

Sama-samalah kita doakan agar beliau segera sembuh seperti sedia kala. – UMNOPutrajaya

%d bloggers like this: