Aktiviti & Komuniti

Petugas Barisan Hadapan Dihargai, Wanita UMNO Putrajaya Zahir Sokongan

PUTRAJAYA – Ramai anggota keselamatan yang menjadi petugas barisan hadapan sebagaimana, anggota polis, tentera, bomba dan penyelamat adalah ‘hero’ bagi memastikan rakyat sentiasa selamat dalam usaha perang menentang COVID-19.

Sehubungan itu, Wanita UMNO Putrajaya telah menzahirkan penghargaan dengan menyantuni para petugas yang sedang berkawal di kawasan masing-masing dengan menyerahkan sumbangan makanan kepada mereka.

Langkah Wanita UMNO Putrajaya ini telah diketuai oleh ketuanya, Puan Husna Abdul Rahaman bersama barisan ahli jawatankuasanya yang singgah ke pusat-pusat kawalan.

Sememangnya budi dan pengorbanan anggota petugas keselamatan yang menjadi barisan hadapan dalam memastikan kesejahteraan rakyat tidak ternilai malah terlalu kecil dengan sumbangan makanan yang dihulurkan.

Namun begitu, Wanita UMNO Putrajaya yang membawa suara Ahli Parlimennya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah sepakat menyampaikan penghargaan terima kasih serta memberikan sokongan moral dengan turun sendiri bertemu mereka.

Semoga para petugas barisan hadapan akan dilindungi Allah SWT dan sama-samalah kita semua memberikan kerjasama mematuhi setiap peraturan yang ditetapkan. – UMNOPutrajaya