Warga Putrajaya Dibela… Bantuan Demi Bantuan Terus Dilaksana
PUTRAJAYA – Bantuan demi bantuan tetap disalurkan biarpun berdepan dengan pelbagai kekangan. Inilah kesungguhan Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang mahu setiap warga Putrajaya mendapat saluran bantuan apatah lagi dalam keadaan negara berdepan ekonomi merudum.
Dalam hal ini, Datuk Seri Tengku Adnan memastikan setiap warga Putrajaya mendapat perhatian dengan jenteranya turun padang terus ke kawasan kediaman rakyat bagi menyampaikan barangan bantuan yang kali ini ialah beras dan ikan.
Tindakan tersebut dilaksana sebagai pilihan setelah program pandu lalu yang dibuat sebelum ini tidak mendapat kelulusan di samping mematuhi Perintah Kawalam Pergerakan (PKP) yang sedang berlangsung ketika ini.
“Saya ucapkan terima kasih kepada AJK Wanita UMNO Putrajaya yang diketuai Puan Husna Abdul Rahaman dan juga AJK Pemuda UMNO Putrajaya dengan ketuanya Dr Tengku Iqbal Munawwir serta barisan jentera yang jadi pemudahcara menyampaikan bantuan beras dan ikan,” katanya yang sentiasa mahukan rakyat hidup dalam keadaan sejahtera.
Ujar beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, demi keselesaan rakyat, bantuan akan terus diberikan walaupun berdepan macam-macam kesulitan kerana sedar bahawa sekarang ini rakyat berdepan keperitan.
“Insya-Allah program bantuan untuk rakyat akan diteruskan dan semoga sumbangan yang diberi dapat membantu meringankan beban mereka,” ujarnya.
Sumbangan secara berperingkat yang akan disalurkan mengikut kawasan masing-masing dibuat secara bergilir.
Kali ini sumbangan bermula dengan blok di Presint 15 hasil daripada kesinambungan pemberian ayam pada minggu lalu di P9 dan hari Khamis di blok P16 dan P17.
Dalam masa yang sama, Tengku Adnan turut menyeru semua anggota jentera termasuk orang ramai untuk terus mematuhi SOP.
“Sama-samalah kita terus patuhi SOP dan laksanakan kawalan kendiri bagi memutuskan penularan COVID-19 dan sama-samalah untuk terus berdoa agar Putrajaya dan negara kita kembali bebas wabak penyakit,” katanya lagi. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.