Aktiviti & Komuniti

KC Bunga Tasbih Sempurnakan Penyerahan Mimbar Baharu

PUTRAJAYA – Ketua Cawangan UMNO Bunga Tasbih, Tengku Mohd Hafiz telah menyempurnakan penyerahan sumbangan mimbar baharu untuk surau Al-Farabi di Presint 17 RK2 Putrajaya.

Sumbangan dari Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ini dilaksanakan bagi memastikan surau tersebut lengkap dan memberi keselesaan kepada para jemaah khususnya dalam khutbah Jumaat.

Terdahulu, Surau Al-Farabi telah dibuka bagi kegunaan solat Jumaat bermula 22 Januari lalu dengan jemaah yang terhad ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Selain itu, surau tersebut juga aktif dengan kelas-kelas kuliah surau dan sesi ceramah yang mendapat sambutan bukan sahaja dari masyarakat setempat kerana ia juga seringkali dibuat secara langsung melalui saluran facebooknya.

Semoga sumbangan yang diberikan ini dapat memberi manfaat kepada orang ramai dan membawa keberkatan kepada rakyat seluruhnya. – UMNOPutrajaya