Aktiviti & Komuniti

Warga Putrajaya Zahir Penghargaan, Sumbangan Diberi Ringankan Beban

PUTRAJAYA – Sumbangan berterusan Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kepada masyarakat setempat khususnya dengan menyalurkan barangan makanan asas seperti beras, ikan, ayam dan lain-lain keperluan dapur amat dihargai.

Rata-rata penduduk Putrajaya yang telah menerima sumbangan terbabit menzahirkan rasa terharu dengan pemberian yang diberi apatah lagi dalam keadaan masyarakat terhimpit dari aspek ekonomi ekoran penularan pandemik COVID-19 yang masih belum berakhir.

Bagi Rosnani Hashim, sumbangan yang diterima baru-baru ini ialah beras dan ikan kembung amat dihargai apatah lagi usaha yang dilaksana oleh jentera UMNO Putrajaya yang menghantar sendiri barangan ke kawasan perumahan penduduk amat terpuji.

“Syukur allhamdulilah dan terima kasih kepada Ketua Kampung kita Ku Nan… juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya Dr Tengku Iqbal dan barisan jentera Bahagian serta Cawangan yang sama-sama mengembeling tenaga mengedarkan sumbangan buat pengundi dan penduduk.

“Semoga kita semua dilimpahkan rahmat Allah swt… Terima kasih Ku Nan, hanya Allah yang dapat balas segala kebaikan, semoga Allah lindungi kita semua,” katanya.

Begitu juga bagi Temah Hashim yang mengakui bahawa Tengku Adnan adalah pemimpin yang sangat dikasihi oleh rakyat tempatan.

“Terima kasih kepada ketua kampung Datuk Seri Tengku Adnan, juga pada Ketua Pemuad Tengku Iqbal yang telah menyalurkan sumbangan. Terima kasih Ku Nan yang amat kami sayangi dan kasihi,” ujarnya.

Dalam hal terbabit, Johariah Abdullah mengakui bahawa Tengku Adnan sememangnya seorang yang sentiasa membantu rakyat sejak dari awal pentadbirannya di Putrajaya.

“Tengku Adnan dari dulu suka tolong orang Putrajaya… hanya yang tak kenang budi yang tak nampak jasanya.”

Perkara yang sama turut dipersetujui oleh Mukhatar A. Rahman yang menganggap Tengku Adnan sebagai seorang yang pemurah dan banyak membantu rakyat.

“Tengku Adnan memang seorang yang pemurah dan banyak membantu rakyat selama ini. Semoga segala usaha Ku Nan dan keluarga serta UMNO Putrajaya mendapat keberkatan dari Allah SWT.”

Bagi Zul Fika pula, segala kebaikan dan bantuan yang telah diberikan oleh Ahli Parlimen merangkap Ketua UMNO Bahagian terbabit hanya mampu dibalas oleh Allah SWT.

“Hanya Allah sahaja yang mampu balas jasa baik YB Ketua Bahabian Putrajaya Ku Nan, terima kasih YB,” katanya.

Sememangnya kepimpinan Tengku Adnan yang banyak menjaga kebajikan dan prihatin terhadap permasalahan rakyat amat menyentuh hati walaupun beliau sendiri telah dilemparkan dengan pelbagai tuduhan dan diheret ke mahkamah namun bantuan untuk warga Putrajaya tidak pernah terhenti.

Samalah kita doakan agar segala pengorbanan serta amal kebajikan beliau akan sentiasa dirahmati Allah swt. – UMNOPutrajaya