Kibaran Bendera Wilayah Persekutuan Hiasi Putrajaya
PUTRAJAYA – Menjelang sambutan Hari Wilayah Persekutuan pada 1 Februari, kawasan Putrajaya mula dimeriahkan dengan kibaran bendera yang secara tidak langsung melambangkan semangat patriotik warganya.
Setiap 1 Februari, Sambutan Hari Wilayah Persekutuan diraikan bagi memperingati pengisytiharan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya sebagai sebuah Wilayah Persekutuan.
Namun begitu kali ini, biarpun dalam keadaan darurat dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semangat warga Putrajaya untuk mengibarkan bendera Wilayah Persekutuan tidak luntur.
Lebih dari itu, komuniti Putrajaya menghiasi kawasan perumahan masing-masing yang dilaksanakan secara gotong-royong namun tetap mematuhi SOP dan kawalan kendiri bagi memastikan rangkaian COVID-19 dapat diputuskan. – UMNOPutrajaya
Sumber foto: FB warga Putrajaya
You must be logged in to post a comment.