Aktiviti & Komuniti

Sumbangan Prihatin Bantu Ringankan Beban

PUTRAJAYA – Sumbangan Prihatin hasil ilham Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor digerakkan seperti biasa bagi membantu mereka yang memerlukan.

Melalui program yang dilaksana oleh Biro Kebajikan Parlimen Putrajaya dengan dipengerusikan oleh Puan Husna Abdul Rahaman merangkap Ketua Wanita UMNO Putrajaya, sumbangan prihatin telah mengunjungi En. Muhamad Puzai Ariffin di rumahnya.

Dalam kunjungan tersebut, sumbangan kerusi roda daripada ‘ketua kampu’ Datuk Seri Tengku Adnan telah diberikan agar dapat memudahkan En. Muhamad Puzai bergerak setelah mengalami masalah kesihatan akibat penyakit saraf.

Semoga dengan sumbangan yang diberikan akan dapat memudahkan pergerakan beliau dan sama-samalah kita berdoa agar Allah SWT memberikan kesembuhan kepada beliau. – UMNOPutrajaya