Aktiviti & Komuniti

Bantuan Disalur Pastikan Kesejahteraan Pesakit COVID-19 Dirawat, Kuarantin Di Rumah

PUTRAJAYA – Bantuan kepada pesakit Covid-19 yang dirawat dan dikuarantin di rumah diberi fokus utama dengan membekalkan sumbangan makanan menerusi sukarelawan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Putrajaya.

Sumbangan makanan ini mengandungi barang keperluan harian yang dihantar terus ke pintu-pintu kediaman mereka di sekitar Putrajaya.

Hal tersebut menjadi antara fokus Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor agar tidak ada mana-mana individu yang menjadi komuniti Putrajaya tertinggal khususnya mereka yang menjalani rawatan serta kuarantin di rumah termasuklah petugas barisan hadapan ekoran turut menjadi mangsa pandemik tersebut.

Sumbangan barangan makanan ini antara usaha bagi menjamin kebajikan warga Putrajaya yang merangkumi aspek ekonomi, kebajikan dan kesihatan serta kelangsungan hidup dalam berdepan pandemik COVID-19.

Terdahulu, sejak 1 Januari lalu, Kementerian Kesihatan (KKM) menetapkan, pesakit COVID-19 tahap satu dan dua menjalani rawatan serta kuarantin di rumah, dengan pemantauan ketat oleh petugas kesihatan sementara pesakit yang bergejala akan dirawat di hospital serta menjalani proses pemantauan seperti biasa.

Marilah bersama-sama kita berdoa agar diberikan ketabahan kepada mereka yang menjalani rawatan dan kuarantin di rumah akibat COVID-19 serta segera sembuh di samping Wilayah Persekutuan Putrajaya bebas dari pandemik wabak terbabit. – UMNOPutrajaya