Selamat Tahun Baru Cina, Kekalkan Norma Baharu Dalam Perayaan
PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada mereka yang menyambut perayaan itu, dan mendoakan kesejahteraan serta kebahagiaan buat semua.
Katanya, suasana perayaan bagi masyarakat Malaysia kali ini tentunya berbeza apabila tiada lagi sambutan besar-besaran sebagaimana kebiasaan namun ia bukanlah penghalang kepada persefahaman dan jalinan kekeluargaan.
“Kita mesti terus mematuhi nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) ketika meraikan sambutan Tahun Baru Cina apatah lagi semasa negara masih berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Walau apa juga keadaan yang kita hadapai sekarang ini, kita perlu sentiasa kekal tenang, dan berwaspada,dengan mengutamakan keselamatan sebagai fokus utama, kerana ia adalah usaha terbaik untuk menjadikan Putrajaya dan negara kita lebih selamat semasa pandemik COVID-19,” katanya.
Jelasnya, sambutan Tahun Baru Cina ini bukanlah hanya kepada satu-satu bangsa sahaja kerana warga Malaysia telah sebati dengan inspirasi kesatuan dalam kepelbagaian yang akan berkongsi budaya dan setiap perayaan bersama-sama.
“Marilah kita terus memanjatkan doa untuk keselamatan, kebahagiaan, kesihatan, kejayaan serta kesejahteraan diri, keluarga dan negara Malaysia,” katanya lagi. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.