Aktiviti & Komuniti

Solat Hajat, Bacaan Yassin, & Munajat: Mohon COVID-19 Dilenyapkan

PUTRAJAYA – Semenjak COVID-19 dikesan tahun lalu, di peringkat global hampir 108 juta kes dilaporkan dengan lebih 2.3 juta kematian sementara di Malaysia, kes positif telah melebihi 254 ribu termasuklah di Putrajaya.

Menurut perincian KKM terhadap 3,384 kes positif yang dilaporkan semalam, masih berlaku penularan wabak tersebut di Wilayah Persekutuan Putrajaya dengan melibatkan tujuh tujuh kes.

Sememangnya, usaha dalam komuniti sentiasa digembling bagi memastikan pandemik tersebut dapat diputuskan sama ada dengan pematuhan kepada kawalan kendiri dan SOP yang ditetapkan, selain usaha sanitasi di tempat-tempat awam.

Dalam masa yang sama, komuniti setempat turut melaksanakan bacaan Surah Yassin, bermunajat dan melakukan solat hajat dengan bermohon kepada Allah untuk melenyapkan COVID-19.

Perkara tersebut dilaksanakan di surau-surau sekitar Putrajaya termasuklah di Surau Ar Rayyan, Presint 6 hari ini yang telah mengatur dan berusaha melancarkan urusan untuk sama-sama bermohon kepada Ilahi.

Turut hadir dan bersama-sama dalam bacaan Yassin, solat Hajat da munajat ialah Tengku Mohd Hafiz bersama para qariah setempat. – UMNOPutrajaya