Aktiviti & KomunitiBerita

Selamat Menduduki Peperiksaan – Ku Nan

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Putrajaya merangkap Ketua UMNO Bahagian tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengucapkan selamat maju jaya kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020.

Beliau turut mendoakan mereka yang bakal menduduki SPM ini akan berada dalam keadaan tenang dan memperoleh kejayaan cemerlang.

“Selamat menduduki peperiksaan. Semoga tenang dan berjaya,” katanya.

Terdahulu dilaporkan peperiksaan SPM 2020 ditangguhkan berikutan penularan pandemic COVID-19. – UMNOPutrajaya