Isu Semasa

Hentikan Keputusan Flip Flop

KPM perlu hentikan keputusan sela menyela

Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengumumkan pembukaan sekolah secara berperingkat mulai 1 Mac.

Keputusan membuka dan menutup ini sekolah secara sela menyela (flip flop) ini harus dihentikan.

Ia sangat menyusahkan pelajar dan ibu-bapa dan guru-guru. Kebanyakan ibu bapa telah bergolok bergadai untuk membelikan pelbagai peranti digital bagi pembelajaran secara online.

Semua ini sangat membebankan kepada mereka yang berpendapatan rendah dan mempunyai keluarga yang besar.

Kerajaan pula baru sahaja melancarkan DidikTV bagi maksud menjayakan mod pengajaran dan pembelajaran di rumah.

Semua ini menghantar isyarat yang sangat mengelirukan tentang kemana halatuju sebenar mod pendidikan digital KPM.

KPM wajar memperkasakan pembelajaran digital sementara negara pulih sepenuhnya dari wabak covic19 ini.

Mengambil kira segala kemungkinan dan kemampuan kita menanggani dampak wabak ini sebelum membuat keputusan membuka semula sekolah adalah sangat mustahak.

Pendidikan anak-anak kita adalah urusan penting yang tidak boleh terhenti dan menjadi kucar kacir dengan keputusan secara sela menyela sebegini.

Dato Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan